Ahad, 25 Mei 2014

Kebaikan & Keburukan PLKN

 Program Latihan Khidmat Negara telah di perkenalkan dan di laksanakan beberapa tahun yang lalu. Program ini merupakan gabungan daripada latihan ketenteraan dan penanaman nilai-nilai patriotik kepada generasi muda ke arah cinta akan negara. Program ini berbeza daripada kerahan tenaga yang dilaksanakan oleh beberapa buah negara lain kerana program ini menggunakan moul dan acuan kita sendiri yang disesuaikan dengan keadan sosial, budaya dan ekonomi. Program yang di laksanakan ini sebenarnya banyak mendtangkan kebaikan mahupun keburukan.

Melalui PLKN remaja dapat menyemai nilai-nilai patriotik yang semakin luntur dalam kalangan remaja pada hari ini. Hal ini disebabkan oleh perubahan masa dan cara hidup pada masa kini menjadikan mereka leka sehingga tidak tahu erti kesusahan dan penderitaan hidup generasi sebelum merdeka. Sesetengah daripada mereka pula langsung tidak mengetahui nama kementerian dalam kerajaan.  Jadi, PLKN di lancarkan untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan peserta melalui modul kenegaraan yang didedahkan. Menurut Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), sebanyak 82 peratus remaja memiliki semangat patriotisme yang tinggi selepas tamat menjalani kem PLKN.

PLKN juga bertindak sebagai satu mekanisme bagi pembentukan disiplin diri remaja. Walaupun terdapat segelintir pihak yang memperlekehkan usaha kerajaan ini namun terdapat juga ibubapa yang menerima baik program tersebut kerana percaa bahawa PLKN menjadi titik peralihan yang penting dalam membentuk disiplin anak-anak mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana masa lapang peserta selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia diisi dengan kegiatan yang berfaedah dan dapat mendisiplinkan diri peserta dengan jadual yang ditentukan. Program ini juga dapat mematangkan fikiran mereka setelah menjalani latihan dan menguji ketahanan  mental dan fizikal. Majoriti bekas pelatih telah menunjukkan perubahan sahsiah yang membina seperti  lebih bertanggungjawab terhadap keluarga, berfikiran positif dan mempunyai hala tuju yang jelas.

Jika ditinjau dari perspektif lain pula, program ini mendatang keburukan kepada negara kerana kerajaan menggunakan kos yang amat tinggi bagi menjayakan PLKN. Kerajaan terpaksa membelanjakan tidak kurang 300 juta setiap tahun. Hal ini kerana kos ini diperlukan untuk menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur seperti tempat penginapan, makan minum,rawatan perubatan , pengangkutan, kelengkapan dan peralatan, bayaran elaun jurulatih dan lain-lain.


Sebagai kesimpulan, Program Latihan Khidmat Negara yang di jalankan memang mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada remaja mahupun negara. Sesungguhnya kita sebagai insan, kita dikehendaki agar menyumbangkan jasa dan bakti, bak kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan tulang dan manusia mati meninggalkan nama.